Total Pageviews

Travelog Kembara Orang Johor

Popular Posts

Saturday 29 August 2015

Best Halal Restaurants in London, Paris, Amsterdam, Brussels & Switzerland!

Assalam..

Ok kemalasan tahap melampau dah melanda makanya dah berbulan tak berkesempatan nak update tentang my family trip to Europe last spring / summer. Cerita London pun tak habis update apalagi the other 5 countries that we've visited. Adoyaiii malasnya tapi nanti dah lama sangat takut dah terlupa pulak. Bukan selalu dapat peluang travel ke Europe ni so nak tak nak kena tulislah jugak. Hopefully boleh juga jadi reference pada mereka-mereka yang nak travel next time. Ataupun setidak-tidaknya dapat lah I kenang balik our experiences bila dah tua nanti....

Tapi sebelum tu, biar I ceritakan dulu tentang tempat-tempat makanan halal di Eropah yang sempat kita singgah during our last trip.


LONDON


Tukdin Restaurant, Bayswater





Tukdin ni terletak kira-kira 300 meter dari Lancaster Gate Station.

Taken from Tukdin official website





Makanan di sini kalau ikut international standard, rasanya boleh tahan lah. Ayam masak merah macam lain sikit daripada yang biasa kita jumpa kat Malaysia, mungkin sebab diorang gunakan dada ayam yang dipotong segi empat. Hmmm...

Tapi yang I paling recommend sangat-sangat adalah Fried Kuey Tiaw yang memang superb!! Kalau tak kerana kuey tiaw ni, mungkin tak datang lagi ke restoran Tukdin ni. Dua kali ke sini makan kuey tiaw ni, sekali tu siap takeaway lagi. Sedap gila!! So, jangan miss tempat ni kalau ke London!!


Makan simple gini je pun dah dekat 60 pound. Gulp!



Dekat je dengan Corus Hyde Park Hotel

Di sekitar Tukdin di Bayswater


Makan Cafe, Notting Hill




Makan cafe ni terletak di bawah Westway flyover di Portobello Road Market. Jauh juga kalau jalan dari dari Notting Hill Gate Station, kira-kira 1.7km gitu. Tapi kalau dari Ladbroke Grove Station dah dekat lebih kurang 300 meter je.






Breakfast kat sini memang sedap! Masa kat sini kita try Nasi Lemak dan English breakfast. Recommended!








Banana Tree, Bayswater





Banana Tree in Bayswater seems to be the only branch that serves totally halal food. Branch yang lain rasanya tak halal kot. Untuk ke sini, boleh naik tube turun di Bayswater station then kena jalan sikit dalam 5 minit.








Masa kat sini, we ordered Banana Tree House Combo. Ok lah not bad...





Neds Noodle Box






Neds Noodle Box ni terletak di Belvedere Rd berdekatan dengan London Eye. Open at 11.00am until 11.30pm (except Sunday until 10.30pm).

Kat sini, kita kena order macam kat Subway - choose the noodle / rice, then the sauce and the meat. Then kena tunggu kejap, diorang akan masak depan kita...









Voila! Macam ni la bungkusan noodles / rice yang kita order tu, tak kira la dine-in or takeaway sama je... The taste - not bad lah kalau betul yang kita pilih tu... :)




The Canteen






Ok. ini nampaknya adalah tempat makan wajib bagi orang Malaysia yang datang ke London. This place is actually the canteen for the Malaysian embassy and it's in the basement of Malaysia Hall London. Fyi, they does not admit foreigners without them being accompanied by a Malaysian. Cool!

Masa kita sampai nasib baik belum crowded sangat senang dapat cari meja kosong. Selang 5 minit gitu orang mula ramai sebab masa ni semua tengah cari breakfast. Kat luar pun sejuk hujan renyai-renyai semua orang makin lapar agaknya.

Akhirnya, setelah berhari-hari mencari di London kita jumpa juga tempat makanan yang sedap serupa macam di Malaysia! Alhamdulillah.... Berselera sekali anak-anak I makan Nasi Lemak Ayam Goreng sampai licin! Teh tarik - owh teh tarik dia memang sedap!





Malaysia Hall tu yang ada bendera




THE NETHERLANDS

Middle East Restaurant, Amsterdam





Masa jalan-jalan di Amsterdam, nampak kedai halal, kecil je kedai ni. Terletak di lorong kecil bersebelahan De Bijenkorf - the biggest Amsterdam department store. Jalan kira-kira 5 minit di lorong tu, kedai ni terletak di sebelah kanan. Berdepan dengan kedai perfume / Nutella kalau tak silap. Singgah makan burger jap sebelum sambung shopping.





Fish and Chips Stall, Vollendam






Masa singgah di Vollendam, our tourist guide recommend untuk kita beli makanan di gerai seafood ni. Hanya dua gerai yang ada bendera kat atas ni taw. Yang lain macam diragui sikit.

Do try the fried shimps - oohh la la! Best sesangat!!







And of course. Then there's the waffles to try too..... :p




BRUSSELS, BELGIUM

Kebap Pizza



Setelah penat meronda-ronda di Brussels, perut dah mula lapar. Cari punya cari akhirnya tejumpa kedai kebab halal ni. Terletak agak terkeluar dari centre so kena jalan jauh sikit.





Aiseyman, kebab ni memang sedap sangat! Dagingnya lembut betul terasa melting dalam mulut I tell you! Siap bungkus satu bawa balik gittew... Jangan lupa nak singgah kedai ni kalau ke Brussles ya... Google lah sendiri location nya ya hehehe!




SWITZERLAND

Kebab Restaurant, Interlaken West




Ada dua je kedai halal di Interlaken West. So kita try kedai yang ni.  Tapi sorry tak ingat pula nama kedai ni...  Masakan diorang ok la boleh tahan.

Domino Cafe Restaurant, Bern




Actually kita tak singgah makan pun kat sini sebab tutup. Seems like that the whole Bern ni semua kedai tutup on Sunday. Huhuhu! So terpaksa tunggu pulang ke Interlaken untuk makan kat kedai Kebab yang kita gi sebelum ni.

Opening hours



PARIS

Noura Restaurant, Val d'Europe




Noura, located in Val d'Europe shopping mall near the door to La Vallée Village, offers halal (self certified although there is no halal sign on display) Lebanese cuisine. By the time we went there, the restaurant was still closed therefore we can't review their food. Their opening hour is at 11.00am until 12.00am.


Hakuna Matata Restaurant, Paris Disneyland

Please take note that only kebab is halal kat sini.. Kita dah confirm dengan staff Hakuna Matata tu sendiri. Tapi diorang takde la jual porky piggy ke haper ..






Kebab kat sini esp kentang dia tu memang sedap! Terpaksa repeat order, kikiki!




Ok setakat ini saje tempat makanan halal kat Europe yang sempat kita singgah. Hopefully u olls dapat la idea nak makan apa masa travel ke Europe nanti. Enjoy!


Well... Nampak gayanya kena tunggu next time untuk sambung tulis cerita di Europe sebab kemalasanku sudah datang lagi..


Ngeeee....!


No comments:

Post a Comment